Wednesday, May 27, 2009

Perkaitan Jodoh ngan Buah????

Assalammualaikum...

Diam tak diam hari ni dah hari khamis rupanya. Cepat sungguh masa berlalu, dan nak masuk hujung minggu. Ahad ni ada jemputan majlis kahwin member lar plak kat Malim Nawar. Aku sebenarnya tak tau kat mana tempatnya tapi sebab dah janji aku kena redah jugak lah gi. Esok-esok kenduri aku orang x nak datang lar plak...hehehee...

Sebut pasal kahwin ni...agaknya dah tiba musimnya kot. Dah ada dua jemputan dari teman yang perlu dihadiri. Kopak gak ler aku nampak gayanya....sorang kat sorang kat Perak sorang lagi kat Negeri Sembilan.

Kahwin ni satu perkataan yang menakutkan sebenarnya bagi orang2 yang menjangkaui usia suku abad. Balik kampung mesti orang tanya, jumpa member2 lama pun kena tanya. Kira ni satu soalan cepu mas yang buat aku rasa nak sembunyi bawah kerusi.

Tapi biasalah...hidup kena selalu bersedia dengan alasan. Aku pun terbiasa dengan jawapan2 standard..."InsyaAllah..tahun depan rasanya! Nanti sampailah kad!"

Aku kadang2 pelik gak ngan tanggapan masyarakat pada orang yg belum berkahwin..."Kesian ko ek belum bertemu jodoh! Sabarlah....tak lama lagi lah tu" Yang x tahan bila dengar perkataan "kesian" tu. Kenapa lar plak nak kesian? Cam insan malang lar pulak!

Jodoh tu macam kita pilih buah. Sebelum beli kena kenal pasti dulu buah yang kita suka, elok ker x elok condition buah. Kalau busuk x kan lar nak beli jugak semata-mata kita kemaruk sangat nak makan buah. Kalau x busuk, tengok pulak harganya. Kena lar banding2kan harga. Kalau mahal sangat carilah yang kita mampu beli. Yang kita rasa kalau kita beli insyaAllah kita akan makan. Tapi kadang-kadang nasib gak. Buah sikit punya cantik, harga reasonable, sekali makan masam ler plak.

Haii....terlebih sudah aku membebel ni. Pandai2 lar korang ek! Korang yang nak kahwin. Tepuk dada tanya selera! Aku?? InsyaAllah tahun depan....heheheehh..

11 comments:

Na Shari said...

Insyaallah...saya doakan anda bertemu jodoh yang baik suatu hari nanti

mrblind said...

berapa tahun depan?hahaha

AiE bAhRi said...

Jodoh di tangan tuhan.lambat atau cepta takleh jadi persoalan sebabnya semuanya ketentuan Tuhan

cerpelai said...

Hahahahaa..
Jodoh ibarat beli buah?..
Tu bukan jodoh sis.. Tu namanya pilihan.. Jodoh tu macam yang sedara Aie cakap ni.. Semuanya atas ketentuan Ilahi..

Sis cakap..

"Jodoh tu macam kita pilih buah. Sebelum beli kena kenal pasti dulu buah yang kita suka, elok ker x elok condition buah. Kalau busuk x kan lar nak beli jugak semata-mata kita kemaruk sangat nak makan buah. Kalau x busuk, tengok pulak harganya. Kena lar banding2kan harga. Kalau mahal sangat carilah yang kita mampu beli. Yang kita rasa kalau kita beli insyaAllah kita akan makan. Tapi kadang-kadang nasib gak. Buah sikit punya cantik, harga reasonable, sekali makan masam ler plak..."

Betul tu.. tapi kalau buah cantik, harga menarik, rasa da bomb tapi tiba-tiba 'beracun' pulak.. Tak ke naya?.. Kehkehkeh..!!

Bagi gua laa, kita buleh memilih seberapa tapisan sekalipun tapi jodoh sudah ditentukan terlebih dahulu untuk kita semasa kita masih seketul darah di dalam rahim ibu lagi.. Wassalam..

sharamli said...

tapi buah lagik sedap dari j0d0h..hu3

jgn lupa jemput org erk..ha3

cahaya said...

first time dgr org kaitkan buah ngan jodoh...abistu kalau suka buah durian mcmna?berdarah la bile peluk..kuikuikuikui...

Tirana said...

mudah-mudahan akan sampai masanya akan kawin jugak nanti..think positively

anaklaut said...

salam..singgah..n3 yg sangat menarik..moga anda bertemu jodoh yang serasi dengan anda..insyallah.

achik said...

perbandingan yg menarik.. :D

hanis said...

betul3

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

woit! apsal gi malim nawar xsinggah kat t. intan, hah?? sampai atimu.. hu3..