Sunday, May 10, 2009

Ko anak harimau lar...bukan anak lembu!!!!

Assalammualaikum.....

Salam ceria untuk semua! Selamat bermula ari yang baru dalam mggu yang baru! Ari ni aku nak berkongsi satu cerita ngan kamu semua. Aku x ingat bila dan kat mana aku baca cerita ni. Tapi aku harap kita semua dapat aku manfaat dari cerita ini. Cerita ni aku dah olah semula sebab versi asal aku x ada. So enjoy ek!

Ermm....arakian tersebutlah kisah...hehehee....didalam sebuah rimba tinggallah sekawanan lembu. Kawanan lembu ni tidak suka berpindah-randah dan hanya tinggal tetap di sebuah tempat. Dlm kawanan lembu ni terdiri dari ibu ngan bapa lembu serta anak-anak beliau.

Suatu hari ketika lembu2 ini sedang bergotong-royong meragut rumput di sebuah padang ragut yang indah lagi subur, tetiba kecoh sebentar pabila si ibu telah terjumpa dengan seekor anak harimau yang sgt comel tetapi dah hampir2 x bernyawa tertinggal keseorangan ditengah2 padang rumput yang luas itu. Lalu berkatalah si ibu kepada bapa lembu,

"Kanda2x...bolehkah kita pelihara anak rimau yg comel ini? Lihat lah tubuhnya yang kurus dan x bermaya tu...kasihan dinda melihatnya!", rayu si ibu kepada si bapa.

"Bukan kanda tidak izinkan dinda pelihara anak harimau tu, tapi bagaimana jika pabila dewasa nanti dia akan makan kita sekeluarga? Bukankah itu membahayakan kita sekeluarga!", balas si bapa.

"Tidak kanda, dinda tetap mahu membelanya. Dinda tidak sampai hati membiarkan dia mati kelaparan begitu. Nanti kita akan besarkan dia seperti anak2 kita sendiri. Kita akan merahsiakan siapa dirinya yg sebenar. X usahlah kanda risau yerk!" pujuk si ibu lagi sambil merenung mata si bapa untuk memohon simpati.

"Baiklah. Terpulang pada dinda. Kita pelihara dan didik dia seperti anak sendiri. "akhinya persetujuan diberi si bapa.

Masa berlalu, tahun berganti tahun, anak harimau tu membesar dengan sihat didalam kawanan si lembu. Apa yang pelik lagi ajaib ialah, anak harimau ni tidak pandai mengaum. Seperti kawanan lembu tadi, anak harimau ini mengeluarkan bunyi mengembu, "mooo...mmooo...". Kadang rasa cam lawak pula bila tgk anak harimau ni mengembu...tapi memang sejibik bunyi lembu. Serius...aku x tipu!

Lagi satu yang pelik, anak rimau ni pun makan cam lembu2 yang lain...iaitu meragut rumput! Hahhaaha....sungguh lar...kan dia membesar bersama2 kawanan lembu. Maka, tidak hairan lar kan!

Suatu hari, sedang kawanan lembu ngan anak rimau ni meragut di sebuah padang rumput yang luas, mereka telah diserang dengan sekumpulan serigala yang kelaparan. Maka habislah kawanan lembu ini dimakan oleh kumpulan serigala tadi! Anak harimau tadi melihat ibu, bapa dan adik2 lembunya di bunuh dengan rakus oleh serigala tadi.

Salah seekor serigala dalam kumpulan tersebut cuba meluru untuk menerkam anak harimau merasa pelik melihat anak harimau tersebut mengeluarkan bunyi lembu. Maka ketawa tebahak2 lar beliau melihat kejadian ajaib tersebut.

"Wei rimau apasal ko berbunyi macam lembu? Ko tu rimau lar. Bukan lembu!", kata si serigala tersebut. "Mooo....mooo..." balas si anak rimau ni. Apalagi, berguling2 lar si serigala tadi ketawa terbahak2. "Hahhaahhaa....lawak betul lar ko ni! Baiklah, sebab ko berjaya bagi aku ketawa sampai macam ni, aku lepaskan ko kali ni. Pergi lah ko ke mana ko suka!"

Anak rimau tu pun pergi membawa diri dan menangis di tepi sebuah sungai. "Mooo....mooo...ibu, ayah, adik2...mooo...moo...kenapa aku ditinggalkan seorang diri? Mooo...mooo..."rintih sayu si anak rimau.

Sedang si anak rimau ni menangis, datanglah sekawanan harimau ke tepi sungai itu. Harimau2 ini merasa takjub melihat anak rimau ini mengembu lalu menggeleng2 lar kepalanya! "Adoiyaii...ko ni bikin malu kaum kita lar! Kenapa ko mengembu ni....cuba mengaum macam kitaorang ni!"bicara harimau yang lebih tua dlm kumpulan tu.

Anak rimau ni lagi lar merasa takjub! Dia melihat kawanan harimau ni smbil berbisik dalam hati," Walaweii....rupa mereka ni cam aku lar plak! Sejibik2 lak tu. Siap ada belang2 lagi!"

"Cuba ko mengaum cam kitaorg ni!" suruh harimau tua tadi. "Auumm...aummm..." ajar si rimau tua.

"Mooo...mooo...mooo..." balas si anak rimau! Setiap kali dia cuba bersuara, bunyi lembu juga yang keluar dari mulutnya! Menggeleng2 lar si rimau tua! Tahu lar si rimau tua, anak lembu tadi telah murtad rupanya!

"Jomlah, ko ikut kitaorg. Nnt kami ajar ko camner nak mengaum!" ajak si rimau tua.

Hari berganti ari, anak rimau ini terus dewasa dalam kawanan rimau. Dia tidak lagi mengembu seperti dulu, tapi sudah pandai mengaum! Dia juga sudah tidak memandang rumput2 yang hijau sebaliknya beralih arah memakan steak...hehheehee...x lar...makan daging ler maksud aku. Tapi byk2 daging, dia cuma x boleh makan daging lembu jer sebabnya dia teringat ibu, ayah ngan adik2 lembu beliau.

Dia telah membesar menjadi harimau dewasa yang gagah, lagi digeruni haiwan2 di rimba!

Tamat lah kisah ni. Sekarang korang fikirlah apa moral of the story dari ini punya cerita! X kan aku nak ulas juga kot! Nanti kalau rajin esok aku akan tulis moral of the story ek!

Fikir2kan dan renung2kan lar yer!

14 comments:

mrblind said...

takde moral la cerita lu ni..buat penat gua baca..hahaha

cahaya said...

hah...maksudnya..masuk kandang lembu kenalah "mengembu"...masuk kandang rimau kenalah "mengimau"...eh..ye ker...hehehe...(^^P)

sharamli said...

ni pasal kacang lupakan kulit?
x kan?

bgus la dy xmkn lembu sbb mungkin dy igt lagik jasa2 lembu tu...

tp kal0 0rg yg xpndai nak hargai apa yg kita bg tu camana plk?menyakitkan ati kadang2 wal0pun kita rs ap yg kita wat kt 0rg tu ikhlas..tp bila dy dh wat cmtu..tetiba rasa cm nk mengungkit balik..

hanis said...

alamak...
kabur kejap otak den...

Erina Asmawani said...

kita ttap anak mak abah kita walaupun di besarkan oleh orang lain..bak kata pepatah, tak mungkin anak nelayan boleh jadik jadik anak raja even di besarkan oleh raja..
haha..boleh gitu?

moralnye..jgn lupa asal usul dan juga jasa org lain ;p

ceri masam said...

tgh buat brainstormin kt opis sbb nak carik moral cerita nih!

heheheh :p

cerpelai said...

Bagi gua moralnya ialah,

Macammana sekalipun korang berusaha untuk mengubah sikap seseorang, orang itu akan tetap kembali pada sifat semulajadinya yang mana tertanam dalam DNA diorang..

Tapi orang tu masih lagi ingat dan hormat pada orang yang menjaga dan mengajarnya biarpun dia tidak lagi sependapat..

P/S: Macam tak betul je konklusi gua tu.. Tapi mana ada rimau makan rumput?.. Gigi rimau dicipta hanya untuk mengoyakkan daging dan bukannya sepertimana gigi lembu atau haiwan herbivor lain.. (skeptikal sangat laa gua ni kan?)

Kehkehkeh..

Yana Ismail said...

Kira ank rimau xlupe jasa lembu2 2 coz dia xsnggp mkn daging lembu.alahai.tp dia mkn steak lain.ahaks!

hikayat aku dan mereka said...

ahaha.. kelakar la..

Cikgu Ije said...

air dicincang xkan putus.

budi baik, tetap dikenang jua.

~Cinta Cukulet~ said...

kalau rajin esoklah saya fikir moralnya apa heheeee

macha_sezs said...

@mrblind
ye eh?
fuhh..nasib aku tak baca.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

moral of da story adalah.. kite hidup kene la b'moral. kalo xb'moral, teruk tahap gabanz la kie nih! he3..

anyss said...

Salam. Baguslah entri ni...