Thursday, January 2, 2014

Kehidupan sebelum berusia 30an!!

Dulu masa umur aku 20-an, aku selalu terfikir macam mana agaknya kehidupan aku pada usia 30tahun? Masa tu aku mesti dah ada keluarga sendiri, ada rumah yang selesa dan ada kewangan yang mantap.

Aku cuba gambarkan kehidupan aku pada usia 30 tahun dengan mencari blog-blog yang ditulis oleh mereka yang berusia 30-an untuk mengetahui bagimana kehidupan itu seharusnya dilalui pada usia tersebut. Tapi apa yang aku jumpa kebanyakkan blog pada ketika itu kebanyakkan blog remaja. Susah nak berjumpa dengan blog kategori dewasa. Jadi aku pernah simpan impian pada usia 30 tahun nanti aku akan ceritakan bagaimana kehidupan yang dilalui sepanjang usia aku 20-an.

Nah! Sekarang ini aku tuliskan apa yang aku boleh rumuskan tentang kehidupan sepanjang berusia 20-an.

20-an... ialah tahap dimana aku mula belajar untuk mengenal sesuatu. Belajar bina kerjaya...belajar kenal cinta...belajar kenal orang, juga belajar kenal kemampuan diri yang sebenar. Ketika ini aku tahu susahnya bekerja untuk mencari memenuhi keperluan hidup. Betapa nikmatnya bila dapat belanja mak ayah dengan gaji pertama. Betapa bangganya bila dapat hulur duit sepuluh dua kat mak ayah di kampung setiap awal bulan. Aku juga belajar kenal orang...berjumpa orang begini bagaimana seharusnya berdepan...berjumpa orang yang begitu bagaimana pula seharusnya dilayan. Dan tentu juga diusia ini aku belajar tentang cinta! Bagaimana membina sesuatu perhubungan dan mempertahankannya dan sakitnya apabila perhubungan tu terlerai ditengah jalan.

Sedikit cadangan aku untuk adik-adik yang masih berusia 20-an, pada usia ini jangan takut untuk explore kelebihan diri dalam kerjaya (korang jangan explore perkara bukan-bukan pulak!). Jangan takut nak bertukar-tukar kerja dan untuk cuba pekerjaan yang baru. Selagi korang semua tak mencuba korang tak akan tahu bidang tugas apa yang sesuai untuk anda. Contoh yang aku boleh bagi ialah sekiranya korang lulusan dalam bidang kejuruteraan awam. Ramai orang fikir bila graduate dalam civil akan jadi jurutera awam. Tapi untuk pengetahuan, bidang pekerjaan bagi lulusan kejuruteraan awam sangat luas. Korang boleh kerja dengan consultant, contractor dan developer.

Kalau dengan consultant mungkin korang boleh cuba jadi designer yang mana skop kerja utama ialah merekabentuk bangunan dan infra, buat submission untuk mohon kelulusan pelan-pelan bangunan dan infra yang dibuat serta menyediakan report. Jika pilih untuk bekerja dengan kontraktor kerja utama lebih kepada supervision, penyelesaian masalah kat site dan project management. Yang paling mudah kalau kerja dengan developer. Kenapa aku cakap mudah sebab utama ialah developer ni bertindak sebagai client. Maksudnya consultant dan contractor bekerja bawah korang. Tugas utama lebih kepada merancang dan buat project management dan consultant serta contractor akan cuba laksanakan apa yang korang dah rancang nak buat.

Seingat aku sepanjang aku bekerja ni aku dah tukar lebih kurang 6 company. Aku pernah bertugas sebagai kerani, penolong jurutera, clerk of work, jurutera awam dan sekarang sebagai jurutera kualiti. Antara semua ni aku rasa bekerja sebagai jurutera kualiti ni yang paling best! Sebab apa aku cakap best nanti aku akan cerita lain kali ok!

Jadi, untuk adik-adik di luar sana apa lagi korang tunggu? Jangan hadkan keupayaan korang dalam satu tugas sahaja. Pelbagaikan dan kena berani cuba semua bidang tugas sampai korang jumpa sesuatu yang serasi dengan korang. Jangan cepat rasa selesa dengan kerjaya korang dan tempat anda bekerja sekarang!

Aku rasa aku ni cuma mampu beri nasihat dari segi kerjaya jer. Bab percintaan aku failed! Memang tak boleh nak tolong. Tapi apa yang aku boleh advice tentang cinta satu jer... Bercintalah sehebat manapun, tapi bila Allah kata itu bukan jodoh kita, kita tak mampu nak buat apa! Sabarkan diri dan kuatkan hati! Itu jer yang boleh bantu korang hadapi setiap ujian ni!

Selamat Menempuh Usia 20-an untuk adik-adik di luar sana! Percayalah pada usia ni korang akan teruja untuk cuba semua perkara! Kuatkan hati, teguhkan iman! Moga Berjaya!

Selamat Datang 30-an! Aku dah sedia untuk cipta lebih banyak kejayaan sebelum umur aku 40-an! Amin....insyaAllah...

5 comments:

NurNiezzaRiena said...

umoq 30 cam i punye blog.. sakit ati jer baca..
yang lain kebanyakannya update pasal anak, pasal masak, pasal nak bayar yuran sekolah, pasal nak beli rumah, pasal nak tukar kerja..pasal perniagaan, pasal isu semasa, pasal keagamaan.. tengoklah org tuh bidang camaner.. :)

MaSHee said...

X der lar boring baca blog u. Ok sajer. Kadang2 gelak2 gak bila baca blog k.niza...hahaaa.. Tau x blog u ada 1 kelebihan iaitu lebih dekat ngn reality. Selalu baca blog org lain asyik bahagia jer sampai terfikir bertuahnya hidup x der masalah. Tapi ngn blog akak sy rs lebih bersyukur n buat sy lebih kuat. Hidup memang byk masalah cuma kena tabah bila hadapi semua tu.

Anonymous said...

seronok baca pengalaman akak. saya baru menamatkan diploma kejuruteraan awam dan baru-baru ni ada apply jawatan drafter di sebuah syarikat consultant. Disebabkan saya seorang fresh grad, saya meletakkan salary Rm 1300 dan semasa interview session mereka mempersoalkan kesetiaan saya, mgkin akan berpindah ke syarikat lain dlm masa singkat. Saya agak down sebab wlupun pointer agak ok tp kurg bernasib baik dlm bidg civil.Agak buntu, fresh grad tp seakan-akan tak mendapat peluang utk meneruskan perjuangan dalam bdg ni.

MaSHee said...

Jangan putus asa. Cuba dan terus cuba. Jgn pk soal gaji skrg. Pk utk dptkan experience sbyk mungkin. InsyaAllah suatu hari semuanya akan berbaloi. Jangan takut mencuba ok. Gud luck! All da best!!

Anonymous said...

Assalamualaikum kak . Secara tak sengaja saya google 'pengalaman tukar kerja drafter'. Saya start kerja company contraktor sebagai drafter sebaik saja tamat 2 bulan lepas sem akhir Diploma pada tahun 2015 . Dah dekat 2 tahun saya kerja . Saya ada pergi interview drafter company consultant yang memerlukan untuk melukis pelan bangunan structure sedangkan selama ni saya cuma lukis panel untuk dibentuk & dipotong di kilang sebelum dibawa pasang di site . Saya rasa peluang untuk tukar kerja amat tipis disebabkan pengalaman saya sebagai drafter yang berlainan skop dari bidang ini . Macam mana untuk memudahkan saya bertukar kerja untuk mencari pengalaman di tempat baru walaupun bertahun pengalaman tetapi agak sukar disebabkan pengalaman tak seberapa di tempat kerja sekarang.