Tuesday, June 30, 2009

Motor oh motor...

Assalammualaikum....


Semalam aku bawa motor, nyaris2 nak eksiden. Ni semua gara-gara berangan time tgh bawa motor ler ni. Aku x perasan ada simpang kat depan....punya lar aku pulas minyak...sekali ada kereta lalu. Nasi baik aku sempat brek! Fusshh...nasib baik brek makan! Jarak aku ngan kereta kat depan ada lar lagi 9 inchi nak kena bumper depan dia. Kalau kena memang nangis x berlagu lar....bukan aku..tuan kereta tu lar...myVi baru kuar kedai tu...hehheeee.... Aku? Cuak tu ada gak...tapi skit2 lar. Rider cam aku mana bleh takut. Kalau takut lebih baik aku jalan kaki jer (...dlm nada riak)!

Korang tahu tak, rider cam aku diumpamakan cam mentimun! Melanggar kami teruk, kena langgar pun kami gak yang teruk! Masyarakat selalu salahkan orang-orang yang bawa motor kalau eksiden. Tanggapan diaorang ni sangat negatif!

"Haaa....bawa motor laju2 lagi. Kan dah kena. Padan muka. Merempit lar lagi!"

Statement cam ni selalu kuar automatik dari mulut2 yang x der insurans. Diaorang ni tak sedar sebenarnya bukan semua kemalangan adalah disebabkan kecuaian si penunggang motor. Kami yang bawa motor, memang ler kena bawa dalam keadaan yang laju dan menyelit2 antara kenderaan. Ada sebab sebenarnya kenapa perlu kami bawa motor secara laju dan menyelit antara kereta yang beratur panjang. Antara sebabnya:


  1. Motor perlu ditunggang secara laju kerana untuk mengekalkan keseimbangan dan daya pecutan ketika penunggangan.

  2. Di jalan-jalan besar seperti di Kuala Lumpur dan Selangor yang mana jalan-jalan terdiri dari 4 lane dan diklasifikasikan highway, motor perlu ditunggang secara laju untuk mengelakkan dari dilanggar kenderaan lain yang sedang bergerak laju dari arah belakang.

  3. Rider perlu menyelit diantara kereta2 yang bersusun panjang untuk mengurangkan kesesakan. Tapi jangan risau. Kami para penunggang motorsikal sangat berhati2 sebenarnya dalam mengelak dari melukakan atau mencederakan kenderaan2 yang lain. Kami tahu anda semua sayang dengan kenderaan anda. Jadi memang kami sedaya upaya mengelakkan dari berlaku pergeseran ketika menyelit.

  4. Kami memandu laju sebenarnya disebabkan kami terlewat untuk sesuatu urusan. Berbeza dengan driver yang akan keluar awal untuk ke sesesuatu tempat kerana menyedari akan terperangkap dalam kesesakan, rider akan membudget masa seminimum mungkin untuk sampai ke suatu destinasi. Adakalanya pecutan diperlukan untuk memastikan kami sampai tepat pada masanya!

Ermm...aku rasa ini saja yang aku dapat kupaskan untuk isu harini. Kalau ada lagi aku akan update dari masa ke semasa. Akhir kata dari aku, "Tak kan rider hilang di dunia!" hehehehe...

12 comments:

mrblind said...

rempit!..hahaha

eja said...

eleh..hng bw moto..mmg suke bw laju..bw laju lg..kalu eksiden..hehe

Tirana said...

Tak kira penunggang motor, pemandu kereta, pemandu trailer hatta pengayuh beca sekali pun, kena berhati-hati di jalanraya dan jadilah pengguna jalanraya yang berhemah..hehehe

cahaya said...

gua sokong lu beb!!!mmg pun org yg bawa kereta slalu beranggapan mcm tu kat org yg bawa motor..walaupun gua ada kete..gua pun penah jadi minah rempit..n sampai sekarang masih merempit ngan motor member...hidup org yg bawa motor....hahaha..
appun be careful next time ok..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

yeah!!

rempit itu harus!!!

i like!!!

hahahaha

skang tetiap hari aku bawa motor ke sekolah~

hoyeah!!

MaSHee said...

mrblind: hoyeee....

eja: mana ada lar! berani betul kuarkan statement tu. Nak kena saman malu ker???

tirana: Sy setuju! Pendapat ada ada benarnya.

cahaya: fuiyoo...ranggi beb! Kita serupa lar ni!

zara: bagus! welcome to de club!

Syiekatsuya said...

Rempit tuu bagus kalau hanya kita seorg kat jlnraya.

MaSHee said...

Syiekatsuya: Nak tggu kalau seorang kat jalan kena naik motor kul 2 pagi lar ek!heheee...

alif-mikail said...

rempit.. ahhaa

banyak la alasan!

sharamli said...

brangan awek peluk kt blakang

MaSHee said...

alif: mana ada rempit!

sharamli: aku x layan awek!

haruan tasek said...

ko bawa ala mat rempit nie...hu..hu