Monday, March 23, 2009

Kebahagiaan...



Apa sebenarnya erti kebahagiaan bagi setiap orang? Soalan ni bukan aku tujukan untuk korang suma jer tapi juga pada diri aku sendiri. Soalan ni sebenarnya nampak simple sangat tapi pengertiaannya terlalu besar maknanya.Tafsirannya pun pelbagai dan mendalam sekali. Bagi aku menulis dan memikirkan tajukni dalam blog aku pun sudah cukup membahagiakan.

Sesetengah orang ada yang kata kebahagiaan itu bila kita rasa gembira, ada cukup makan, pakai. Ada jugak yang cakap kebahagiaan itu bila kita mencintai dan dicintai. Sesetengah yang lain pulak cakap, kebahagiaan itu bila dapat bonus, kenaikan gaji atau mungkin juga gaji yang kita dapat setiap bulan tu. Ala...yang bila dah hujung2 bulan tu rasa cam sesak, bila cucuk kad bank tengok jumlah dah bertambah…emm..bahagia gak tu kan?

Bagi aku lak kebahagiaan tu wujud dalam diri aku bila akulihat orang lain gembira. Entahlah! Bukan nak kata diri aku ni baik sangat..tapi memang itu yang aku rasa sebenarnya. Tiap kali aku lihat wajah-wajah ceria keliling aku atau mungkin ketika aku buat orang lain gembira…or..mungkin gak bila baca sesuatu yang buat aku ceria, aku boleh rasakan kebahagiaan itu hadir dalam diri aku. Jadi apa yang aku faham kebahagiaan itu ialah ketika aku mampu tersenyum saat aku menempuh hari-hari dalam hidup aku! Macam sekarang ni lah…aku masih tersengih depan pc saat aku menaip cerita ini.

Selain dari itu, ada gak perkara lain yang boleh buat aku bahagia. Citer sorang teman yang kalau aku buka fs dia jer, tgk gambar2 dia..emm...aku rasa cukup bahagia. Emm..ni citer teman yang susah aku nak describe macam mana orangnya. Sejak aku kenal dia dulu sampai sekarang aku pun tak tau apa yang buataku tertarik sangat nak kawan dengan dia. Satu tentang dia..dia ni tegas orangnya. Tapi dalam tegas dia, aku tahu dia ni masih boleh bertolak ansur dengan kerenah aku. Igt lagi baru ni jumpa dia masa balik cuti. Dlm takut2 pun aku masih gak nak jumpa. Aku tau sebenarnya dia pun rasa gabra gak (kitaorang dah lama tak jumpa ada dekat 3 tahun…last aku jumpa masa aku tgh kerja kat amcorpmall) walaupun kawan aku sorang lagi cakap sebenarnya muka aku yg terlebih gabra! Hahaaha..Buat dia...jangan tanya aku kenapa dan untuk apa persahabatan ini? Apa yang aku mampu katakan mengingati dirinya sahaja sudah cukup membuat aku bahagia.

Buat teman-teman aku yang lain yang menunggu saat2 yangbahagia untuk melangkah ke jinjang pelamin atau menunggu kelahiran orang baru dalam kehidupan mereka, korang lebih mengerti apa erti kebahagiaan untuk diri korang. Kat muka korang masing2 tu memang dah boleh aku nampak cahayanya! InsyaAllah….doa aku semoga berbahagia, bukan di dunia sahaja, insyaAllah…akhirat kelak! Bagi aku yang belum lagi..eheemm…ehemm..nie…kebahagiaan aku yang lain gak ialah bila berkongsi kegembiraan di majlis korang nanti. InsyaAllah! Aku dtg yer!

Korang yang lain, emm…pe lagi, fikir2 kan lah definisi kebahagiaan padadiri korang sendiri ek!

Have a nice day!

6 comments:

sharamli said...

nak bkk kamus dewan jap..hu3..

sem0ga anda juga berbahagia..di dunia dn akhirat..insyaallah

cerpelai said...

Perbualan 1:-

A: Saya berikan awak segala yang dimahukan. Yang tiada diadakan, yang buruk digantikan.. Awak gembira?
B: Saya sangat gembira dan bahagia..


Perbualan 2:-

A: Saya tiada berharta dan kurang paras rupa. Saya tak mampu mengadakan apa-apa dari ketiadaan.. Saya cuma mampu menyayangi dan memberi kasih saya yang tidak berbelah-bahagi.. Awak gembira?
B: Saya bersyukur.. Asalkan saya disayangi itupun sudah membuatkan saya berbahagia..

Bahagia.. Apa maksudnya yang sebenar? Kalau ditanya pada budak-budak pun mereka mampu menjawabnya dengan senang. Tapi pernahkah kita memikirkan akan maksudnya yang berlainan setiap kali? Berbeza mengikut kelainan akal yang dianugerahkan pada hamba-Nya..

Semua manusia yang melata di muka bumi ini hidup untuk apa? Setahu gua yang paling utama adalah untuk sujud kepada-Nya.. Yang lain adalah mencari bahagia semata.. Betul atau tidak kata-kata gua ni?

Kita berkerja untuk mencari bahagia..
Kita berkawan untuk mencari bahagia..
Kita belajar untuk mencari bahagia..
Kita berkahwin untuk mencari bahagia..
Kita bercinta untuk mencari bahagia..
Kita bertukar fikiran untuk mencari bahagia..
Kita bertegur-sapa untuk mencari bahagia..
Kita menangis bila tidak ketemu bahagia..
Kita ketawa bila rasa bahagia..
Kita makan untuk bahagia..

Itu semua hanya sekelumit contoh.. Banyak lagi yang tak terduga oleh akal gua.. Pendek kata, semua manusia melakukan pelbagai perkara hanya untuk mencari sesuatu yang digelar sebagai BAHAGIA..

Terus terang gua cakap yang gua sendiri pun tak pasti apakah yang dimaksudkan dengan bahagia yang sebenarnya.. Pada gua mungkin hidup yang tak dibelenggu masalah dan keluarga yang harmoni.. Tetapi bila difikirkan balik, Tuhan akan sentiasa menguji hamba-hamba-Nya dengan pelbagai bentuk dugaan untuk menduga keimanan dan ketaqwaan kita..

Jadi, tiada siapa yang hidupnya tidak dibelenggu oleh masalah sebenarnya.. Bermakna idea gua tentang bahagia adalah tidak relevan lagi.. Mungkin gua kena cari erti kebahagiaan dari sudut lain lepas ni..

Kita berlumba-lumba mengejar bahagia samada dengan cara baik atau cara jahat.. Sehingga kita terlupa bahawa bahagia kita dimiliki sepenuhnya oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui.. Kita terlupa untuk mencari bahagia dengan sujud menyembah-Nya.. Kita terlupa untuk mencari bahagia dengan memberi puji-pujian pada-Nya.. Kita terlupa untuk membantu sesama manusia walhal itulah yang memberi kita bahagia..

Semoga kita dengan mudahnya dapat meniti titian siratulmustaqim kelak.. Kerana diseberang titian itulah adanya bahagia untuk selamanya.. Di syurga yang telah dijanjikan untuk yang beriman.. InsyaAllah..

Hambik.. Entry ni gua pernah buat dan gua paste balik semuanya kat komen ni.. Kehkehkeh..

MaSHee said...

sharamli:
insyaAllah..amin..

encik cerpelai:
Panjang siut bro! Anyway thanx... ..aku baru teringat lu dah pernah buat entry tajuk camni! Xper ni kira dari sudut pandangan aku lar pulak ek. Sori gua terfikir idea sama lar plak!

cerpelai said...

Erkk..
Idea sama sebab semua manusia sama sis.. Apedehal..!!
Bagus laa sebab sis punya pemikiran yang sama dengan gua.. Nak sori-sori buat apa ye tak?..

Kehkehkeh..

cahaya said...

kebahagian?hurm...bahagia tu happiness!!hahaha...subjective la mender nih...everyone have thier on view about "happiness"..
apapun semoga mencapai dan memiliki kebahagian yang diinginkan(^__^)

p/s:boleh tahan entry mr.cerpelai tu...hehee

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

ari nie aku rase bahagia sesgt coz gaji masyuk woo..! bley joli2-an! ahaks..