Thursday, March 5, 2009

Salah akukah??


Korang pernah habiskan masa hampir 2 mggu berulang alik gi ofis client semata-mata nak tunjukkan paper yang asyik x memuaskan hati mereka ni? Menyiapkan kertas kerja untuk meeting bukanlah masalah besar bagi aku. 2-3 kali kena reject pun, bukan lah masalah yang terlalu besar sebab itu hak kamu….kan kamu client!

Tapi jika dah sampai 7 kali aku proposed dan kamu masih reject…itu sudah melampau!
Termasuk arini, sudah 2 kali paper aku x boleh dimasukkan dalam meeting board…gara-gara client yang banyak sgt songeh nya!

Nak menyediakan kertas kerja ni bukan perkara susah sebenarnya….tapi untuk memuaskan hati client itu yang susah! Pembetulan yang perlu dilakukan pula bukan pada perkara major tapi hanya untuk supporting document!

Katanya, “ Meeting ni bukan saja orang2 teknikal sahaja yang dtg. Yg non-technical juga turut serta. Jadi design kamu mesti jelas. Biar semua orang boleh faham!”

Aduh! Bodoh sangatkah orang2 ni untuk memahami basic dalam matematik? Tak kan lah untuk mengira volume excavation terlalu sukar untuk kamu semua memahami, hingga terpaksa aku jelaskan dalam bentuk drawing cross-section, plan view, 3D dan sebagainya!

Kalau untuk mengira volume trapezium pun kamu ada masalah…mungkin masalah itu bukan dari aku…mungkin patut kamu yang perlu kembali gi sekolah rendah! Cittt…