Sunday, January 18, 2015

Tahun 2015...

Kebelakangan ni bila buka facebook banyak baca status orang patah hati. Entah... ini semua kebetulan ker tak? Tahun 2015 baru jer bermula tapi dah macam cerita2 perpisahan baik dikalangan selebriti dan kawan2 aku juga.

Aku? Sedang berusaha membina rasa bahagia. Tak tahu sama ada dah terubat ke belum. Tapi yang nyata semakin pulih.

Pusing macam mana pun bohong lar kalau cakap dah lupa. Ingat mesti ingat. Soalnya macam mana hati aku dah tak larut dalam kesedihan tu bila teringat.

Tahun 2014, apa yang boleh disimpulkan. Antara tahun terbaik dalam hidup aku. Hasrat untuk menjejakan kaki menunaikan umrah di Makkah termakbul. Banyak perkara yang aku belajar. Suatu perjalanan seorang hamba mencari keredhaan Tuhannya. Mengajar aku erti keikhlasan dan kesabaran. Aku banyak berdoa memohon keampuanan untuk semua kesilapan aku sebelum ini. Memohon diberi kekuatan untuk aku lupakan dia dalam hidup aku dan aku minta perkara yang terbaik untuk kehidupan aku selepas itu.

Dan selepas aku balik dari tunaikan umrah, perkara yang pertama Allah SWT beri kejutan pada aku ialah aku dapat kerja baru. Ada perkara lain juga yang berlaku, sms aku dan dia yang membuatkan aku terus berhenti berharap tentang dia untuk hidup aku. Sampai sekarang aku dah tawar hati setawar-tawarnya.

Buat pertama kali juga mejejakkan kaki ke Tanah Besar China atas urusan kerja. Seronok sebab dapat lihat negara orang. Yang tak seronok sebab penat giler travel 4 buah kilang untuk buat kerja-kerja verifikasi. Jarak yang jauh antara sebuah kilang ke kilang yang lain betul2 mencabar. Lepas ni kena biasakan diri sebab lebih banyak melibatkan kerja2 verifikasi dan audit luar negara. 

Permulaan 2015, kerjaya semakin sibuk. Ditukar unit baru, kerja lebih mencabar. Tapi yang nyata aku suka dengan kerja sekarang. Lebih banyak berjumpa orang, belajar sesuatu yang baru setiap hari.

Harapan untuk 2015, masih sama macam tahun lepas. Nak tamatkan zaman bujang. Walaupun banyak cerita tak best perkahwinan yang gagal dikalangan kenalan2, tapi masih tak cukup untuk buat aku putus harap untuk melalui fasa perkahwinan dalam hidup aku.  

Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Moga berakhir penantian aku selama ini bertemu titik noktahnya. Amin...insyaAllah..



2 comments:

sharamli said...

Sama. Nak tamatkan zaman bujang jugak.
Tapi andai kata ditakdirkan bujang sampai akhir hayat, redha.
Hihihi.

Banyak lagik benda dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya kan. Bukan setakat perkahwinan je.

(sedapkan hati)

hahaha.

MaSHee said...

InsyaAllah saya doakan jodoh kita dipermudahkan. Jangan berhenti berharap dan berusaha. Sila daftar di baitulmuslim.com sha...ikhtiar...heheee..

Wanita perlukan perlukan perkahwinan untuk lengkapkan kehidupan. Jd mcm sy ckp td jgn berhenti berdoa. Moga dipermudahkan. Amin...