Friday, May 3, 2013

Saya x tahu apa perancangan Allah utk saya. Terus-terang saya sudah lupakan banyak perkara tentang dia. Dia ada dlm ingatan tapi sy tak pernah zahirkan ingatan itu. Semuanya saya pendamkan kerana sy selalu fikir banyak perkara yg sy boleh selesaikan jika sy berdiam diri. Hari ni ketika saya sudah belajar menerima kenyataan, ketika saya sedang bergembira dengan kehidupan saya, kenapa dia perlu menyapa saya lagi? Kenapa dia tidak terusan mendiamkan diri seperti lama dulu? Tuhan bantu saya untuk hadapi keadaan ini. Sy x bersedia untuk menghadapi dia juga tidak mampu menolak kehadiran dia semula dlm hidup saya. Kadang2 saya buntu dengan hubungan ini. Kenapa susah benar untuk tinggalkan semuanya? Kenapa susah benar untuk lepaskan masa silam saya?

Tuhan, jika Engkau takdirkan kami berjumpa semula, sesungguhnya hambamu ini tidak mampu lagi menarik keluar diri dari masalah yang sama lagi. Tolong jangan ketemukan kami sekali lagi walau dalam apa jua keadaannya. Tidak kira betapa rindunya aku pada dia, tolonglah Ya Allah...untuk kali ini jangan pertemukan kami lagi. Sesungguhnya aku sangat2 menyanyangi dia dan tidak pernah secubit pun rasa benci wujud untuk dia. Tapi untuk kebaikan diriku dan dia...tolonglah jangan pertemukan kami lagi!!

2 comments:

meow said...

yg kamu landaskan itu adalah nafsu. sb itu saya sering tekankan perubahan utama yg kamu perlu pegang teguh adalah apa yg ada dlm hati. goyah yg itu goyah la semuanya. mahu dpt kekuatan maka kena yakin bahawa apa yg kamu pegang skrg ini adalah yg terbaik. jika kamu tahu kamu lemah utk menolak maka lari, maka hindar bukannya mencari, bukannya melayani. tukarlah nombor telefon jika benar kamu redha mahu pergi. saya tahu kamu mungkin x sekuat saya. saya masih guna nombor yg sama, saya masih simpan nombor dia tp saya dn kamu punya kekuatan yg berbeza. maka berbezalah cara kamu perlu melaluinya. jangan hanya minta Allah utk tidak mempertemukan. itu salah. ALLAH GERAKKAN HATI DIA UTK HUBUNGI KAMU ADALAH BERTUJUAN UTK MENGUJI NAWAITU KAMU KEPADA-NYA. DIA ITU UJIAN YG ALLAH DATANGKAN. HADAPI. KALAU KAMU YAKIN DGN UJIAN ALLAH MAKA KAMU WAJIB YAKIN ALLAH JUGA SDG MEMERHATI KAMU. tidak perlu beralasan lg. jika kamu takut lemah maka ambillah keputusan utk hindar, tunggulah sehingga kamu benar2 kuat dan Allah pasti akan bg kekuatan sekiranya kamu buka mata akan byknya cara ke arah kekuatan itu sendiri. jgn nanti jika kamu jumpa dia dan kamu kembali kpd hidup lama... adakah kamu bakal menyatakan kamu lemah sdgkan kamu tak berhabisan berusaha menghindar? adakah kamu bakal salahkan Allah krn pertemukan kamu dan dia kembali? renung nasihat saya baik2. mahu atau tidak kamu kena pilih. jika nawaitu kamu mahukan perubahan MAKA HOLD THAT FOREVER. jgn jdikan mainan bibir. ini nasihat ikhlas saya kepada kamu... dgr atau tidak terpulang kpd kamu sendiri.

MaSHee said...

Terima kasih atas nasihat kamu. Sy sering baca blog kamu dan banyak mencari kekuatan di sana cuma sy x mampu komen apa2. Kita org yg berbeza tapi sy rasa dekat dengan apa yg kamu luahkan dlm blog kamu. Sy senang dengan blog kamu. terima kasih kerana tgglkan komen disini. InsyaAllah akan sy igt baik2.