Thursday, May 2, 2013

Cuti-cuti Malaysia Perhentian

Hujung minggu lalu saya menghabiskan masa bercuti di Pulau Perhentian. Apa yang mampu katakan SubhanaAllah...tempat ni sangat cantik! Bagi sesiapa yang belum berkesempatan bercuti disini saya cadangkan anda datang dan rasai sendiri keindahan pulau ini. Airnya sangat jernih hinggakan anda dapat melihat pelbagai jenis ikan di dalam air. Aktiviti yang paling saya gemari sepanjang masa disini ialah snorkelling. Anda tidak perlu pergi berenang jauh untuk melihat ikan-ikan dan juga batu karang yg cantik, cukup disekitar tepian pantai anda sudah mampu menikmati pemandangan indah di dasar laut.





Untuk penjimatan saya cadangkan anda mengambil pakej ketika matta fair berlangsung pada bulan 9 nanti. Pakej yg bernilai hanya RM 375 menawarkan penginapan 3 hari 2 malam, meal & perkhidmatan bot pergi-balik dan khidmat snorkelling di 4 tempat yang mana bagi saya adalah sangat berpatutan.

Cubalah bercuti di sini dan rasai sendiri keindahan tempat ni.

4 comments:

sannatasah said...

Hey u.klu I jjln sowg..izit berbaloi..I x ikut mana2 pakej..??just nk opinion from u..

sannatasah said...

Boleh x reply at my email..sannatasah@gmail.com harap sgt u reply cuz I nk info.. sorry susah kan u..tq..

MaSHee said...

Sori sannatasah I baru perasaan comment u. U dah pergi ker perhentian? Kalau belum kindly email me lagi sekali. I tak dapat email u.

MaSHee said...

Kalau u travel alone pun ok jer! Ada penginapan yg serendah RM40 per nite. Tp klu u tanya tentang kepuasan..I suggest u ambil pakej. Memang berbaloi sangat2. I ambil masa Matta Fair aritu. Makan, bot, snorkeling & penginapan cuma dlm pakej.