Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah SWT bersama kita....

                                                          (sumber: youtube.com)

Video ini pertama kali saya tonton beberapa bulan yang lalu apabila dikongsikan di facebook oleh seorang rakan saya. Menonton video ini membuatkan saya terasa seperti tersentak dari belenggu kesedihan yang tak berpenghujung. Seperti dikejutkan dari tidur yang panjang.

MasyaAllah....betapa selama ini saya lalai dalam hidup saya dalam mensyukuri segala nikmat yang Allah SWT berikan untuk saya! Betapa saya hanyut dalam kesedihan dan berputus asa tanpa sebab dan alasan yang munasabah!

Benarlah hakikat, kata-kata yang baik itu seumpama seteguk air dingin yang mampu menghilangkan dahaga musafir di tengah padang pasir. Benarlah jua hakikat, nasihat yang baik itu sekiranya diberikan pada hati yang keras mampu melembutkannya!

Saya menitiskan air mata bukan sahaja ketika pertama kali mendengar video ini bahkan  tiap kali mengulang tayang video ini, kata-kata ustaz masih meninggalkan kesan di hati.

Saya kongsikan video ini dengan harapan, ada insan yang terjumpa blog ini ketika dia sangat memerlukan kata-kata yang dapat menenangkan kesedihan hati. Semoga kita semua bertabah dalam menjalani kehidupan seharian. Moga kita sentiasa di dalam lindungan kasih-sayang dan rahmat dari Allah SWT.

Terima kasih Ustaz Asri atas kata-kata ustaz yang menyedarkan saya dulu. Semoga Allah SWT memberi pahala kebaikan kepada Ustaz Asri, pada mereka yang menguploadkan video ini di youtube dan pada sahabat saya di facebook. Amin..

Thursday, August 20, 2009

Ini kenangan Ramadhan aku...

Assalammualaikum...

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak jua selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua semua pembaca blog aku. Terlebih dulu kena minta maaf byk2 kalau ada yang terasa dengan entri2 aku sebelum ni. Kesalahan korang?? Jangan risau...mana ada buat salah. Kalau ada pun aku maafkan ok! 0-0!

Bercerita tentang Ramadhan, teringat kisah aku dulu2 masa zaman budak sekolah. Nakal sikit aku ni. Pernah gak beberapa kali ponteng puasa dengan hanya minum air kolah kat surau sekolah.

Air kolah?? Yer...betul...air kolah kat sekolah rendah aku dulu. Masa tu rasa sedap bukan main air kolah tu....sejuk jer bila melalui kerongkong aku yg tengah dahaga gila time tu! Dingin sekali....ahhh....sedapnyer...heheeee...

Ada lar 5-6 kali gk aku telan air kolah tu...sebab tak tahan sangat ngan cuaca panas. Bila rasa dahaga jer...aku minta kebenaran kat cikgu cakap nak gi tandas tapi sebenarnya melencong gi surau. Korang mesti tanya kenapa aku x minum jer air paip kat dalam tandas kan? Dulu aku fikir air dalam tandas tu kotor. Mana bleh minum. Buat basuh u'ukk..boleh lar...Sebab tu aku x minum air paip kat tandas. Amacam? Bijak tak aku! Heheheee....

Suatu hari nak jadi cerita, ustaz kat kelas aku telah membuka satu rahsia besar! Yang bila aku igt aku akan muntah hijau dibuatnya! Nak tau apa? Ustaz cakap, kolah kat surau tu dah lama x basuh. Tak tahu apa yang ada dalam kolah tu sebab kolah tu bertutup. Mungkin ada cicak mati....jadi air kolah tu tak selamat diminum. Masa ustaz cakap macam tu terfikir gak oleh akal aku yang bijak ni....errmmm...patut ar rasa air kolah lain jer dari air paip mungkin betul kot cakap ustaz tu. Sejak dari tu aku tak minum lagi air kolah. Kalau dahaga sgt aku rembat air paip kat kantin. Caranya?? Mudah jer! Aku buat2 basuh muka sambil2 tu telan lar air. Tapi xboleh buat kerap sangat. Orang mudah perasan...heheeee...

Tapi tu dulu...cerita masa aku sekolah rendah! Sekarang mana ada buat lagi....heheee...apa kelas minum air paip klu x pose...kat ofis aku ni kan ada mineral water bertong-tong....rembat jer....heheeee....woi...aku acah jer ar!

K, ar aku stop dulu setakat ni. Malam ni bz ler aku ek..yer lar, nak list down bazar2 ramadhan sekitar shah alam ni....kena susun ikut hari supaya x tertinggal...pastu nak fikir esok nak sahur apa...nak buka ngan apa lak...haiii...bz ni....opppsss.....lupa lak...malam ni dah start terawih gak! Jadi jangan buat2 lupa ek!

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA! MOGA KEDATANGAN RAMADHAN KALI INI MENDATANGKAN SERIBU RAHMAT UNTUK KITA! AMIN....

Tuesday, May 12, 2009

Apa yg menyebabkan timbul konflik dalam diri? Sebabnya kamu memang ditakdirkan untuk jadi BUDAK BAIK!!

Assalammualaikum...

Semalam aku terfikir semasa dlm perjalanan balik dari ofis. Apa yang susah tentang jadi diri sendiri? Erm..2-3 menjak ini aku selalu terfikir tentang ini. Ni pengaruh dari soalan2 cik sharamli inilah! Citt...

Susah tentang menjadi diri sendiri ialah bila kamu ini terlalu baik dan sesekali kamu ingin menjadi jahat! Iya...aku rasa ini lah jawapan untuk segalanya!

Kamu ingin lukakan hati seseorang yg sgt dekat kamu, yang kamu tahu kamu sgt sayang pada dia tetapi kerana kamu seorang BUDAK BAIK, kamu tak sanggup lakukannya! Kamu terfikir kalau kamu lukakan hati dia tentu dia akan bersedih...kamu? Kamu juga tentu bersedih melihat dia besedih. Setujukan? Tapi apa yang terjadi kalau kamu x tidak lukakan hati dia? Hati kamu pula yang akan sakit. Kamu sedih melihat dia tidak mengendahkan perasaan kamu, hati kamu, bersikap seolah-olah dia tidak melakukan kesalahan pada kamu. Kerana kamu BUDAK BAIK, kamu akan lukakan hati kamu sendiri!! Ini pengajaran pertama untuk kamu.

Adakalanya kamu akan teringin mengunjungi tempat2 hiburan. Kamu bukan ingin buat apa pun. Cuma untuk layan lagu, minum2 (itupun soft drink jer) dan memerhatikan kerenah orang. Tetapi kerana kamu BUDAK BAIK, kamu malu untuk pergi ke tempat2 sebegitu. Yelah...kamukan bertudung (perempuan), berlebai (lelaki), tak kan lah kamu nak kunjung tempat2 sebegitu! Dan utk masuk ke tempat2 tu kamu x akan boleh masuk dgn berpakaian sebegitu! Kamu sendiri sebenarnya malu untuk melakukan walau hati kamu sangat ingin melakukannya.Apa point kedua yg kamu dapat? Ye, tindakan kamu tidak menzahirkan kehendak hati kamu sebaliknya menzahirkan kehendak akal kamu. Ya...kerana kamu BUDAK BAIK!

Kamu telah dididik dan diasuh oleh ibubapa untuk berperangai baik, untuk menjadi BUDAK BAIK. Pabila kamu dewasa kamu sedar menjadi BUDAK BAIK bukan pilihan kamu. Kamu ingin menjadi sebaliknya. Tetapi kerana asuhan dari ibubapa, kamu akan dibelenggu rasa bersalah atas setiap perbuatan tidak baik yang ingin kamu lakukan. Kamu akan melakukan kesalahan itu tetapi disetiap akhir tindakan kamu, kamu dibelenggu rasa bersalah pada diri, rasa dosa pada Tuhan! Kenikmatan yang kamu rasa hanya seketika tetapi rasa dosa itu akan memburu dan mengganggu kehidupan kamu. Jadi point ketiga yg aku boleh fikirkan ialah kamu tidak akan hidup aman dengan menjadi jahat, rasa bersalah akan mengganggu diri kamu kerana kamu sebenarnya BUDAK BAIK!!

Kamu faham apa yang aku cuba sampaikan dalam entri kali ini? Menjadi BUDAK BAIK sangat sukar sebenarnya. Dan kalau kamu, ibu atau bapa yang ada dan bakal ada anak2 dalam hidup kamu, bimbinglah mereka. Bekalkan ajaran agama sebaik mungkin. Moga suatu hari pabila mereka ini dewasa mereka akan menjadi BUDAK BAIK. Yang pabila mereka ingin melakukan sesuatu melanggar batas agama mereka akan terfikir dan berperang dengan diri mereka sendiri!

Monday, May 11, 2009

Moral of the Story dari Cerita Anak Rimau!!

Assalammualaikum....

Ok berbalik pada citer semalam. Kisah Si Anak Rimau.

Ada ker patut mr blind cakap citer aku yg panjang berjela tu x der moral! Cit...bro..bro..lu memang superb blind ler...kui..kui..kui...jgn mare...lu bace lompat2 ler tu mana ada moral! Citt..

Sharamli pulak x abis2 lagi ngan komen x puas ati beliau kali ni tentang buat baik di balas jahat plak. Sha, klu kamu perasan entry ni untuk menjawab soalan kamu dalam komen entry lepas. Igt x aku ckp aku akan buat satu entry utk menjawab soalan kamu tentang mengenal diri. Kamu chek balik dlm komen kamu dlm entry ni.

Hanis lak, relaks...aku tau ko seronok sgt ngan lawatan sambil belajar ko tu. X per2 ko layan jer moral of the story aku punya.

Komen yg terbaik cam biasa ar mesti dr en cerpelai. Mmg selalunya idea beliau ni bernas! Korang ble buka blog dia utk bace idea2 tulisan bro ni.

Erina Asmawani, akak one love, princess liyana, cahaya, hikayat aku dan mereka, ije, cinta cukulet ngan macha sezs, tambahan dari moral yg korang semua berikan, begini moral of the story dari kisah semalam:-

1) Untuk menjadi seorang yg berjaya dalam hidup perkara utama yg kita perlu tahu ialah mengenal keupayaan diri kita. Macam kisah anak rimau tu, anak rimau tu berjaya menjadi seekor harimau dewasa yg kuat dan digeruni kerana dia baru tahu dan kenal dengan diri sendiri. Dengan mengenal diri kita, kita akan tahu dan lebih yakin untuk meneroka potensi diri untuk menjadi sesuatu yang lebih baik. Cuba bayangkan jika anak rimau tu masih tidak mengetahui dirinya yg sebenar sebagai harimau bukan lembu. Tentu smpi dewasa pun dia tetap mengembu....dan masih meragut rumput. Mungkin juga nasib dia senasib keluarga lembu, jadi mangsa pemangsa lain.

2) Kedua, aku percaya untuk berjaya kita perlu berada di dlm lingkungan atau dikelilingi dengan orang2 yang telah dan akan berjaya. Ia merupakan suatu motivasi untuk kita saling mencontohi dan membawa diri setanding mereka. Teringat aku satu kata-kata hikmah, "Bersahabatlah kamu dengan saudagar2 wangian, jika kamu tidak seberjaya mereka, keharuman wangian mereka tetap terpercik di kemejamu!" Berbalik pada kisah anak rimau, jika dia masih didalam lingkungan kawanan lembu tentu dia tidak menyedari siapa dirinya yg sebenar. Berada di dlm lingkungan yang tepat akan menunjukkan siapa diri kita sebenar.

3) Akhir sekali, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya. Setiap satu pintu kesedihan yang dibuka, Tuhan telah membukakan bersamanya pintu-pintu kegembiraan! Terpulang pada kamu, sama ada untuk meratapi apa yang telah kamu kehilangan atau menutup pintu itu dan terus mencari kebahagiaan di pintu2 yg lain.

Sunday, May 10, 2009

Ko anak harimau lar...bukan anak lembu!!!!

Assalammualaikum.....

Salam ceria untuk semua! Selamat bermula ari yang baru dalam mggu yang baru! Ari ni aku nak berkongsi satu cerita ngan kamu semua. Aku x ingat bila dan kat mana aku baca cerita ni. Tapi aku harap kita semua dapat aku manfaat dari cerita ini. Cerita ni aku dah olah semula sebab versi asal aku x ada. So enjoy ek!

Ermm....arakian tersebutlah kisah...hehehee....didalam sebuah rimba tinggallah sekawanan lembu. Kawanan lembu ni tidak suka berpindah-randah dan hanya tinggal tetap di sebuah tempat. Dlm kawanan lembu ni terdiri dari ibu ngan bapa lembu serta anak-anak beliau.

Suatu hari ketika lembu2 ini sedang bergotong-royong meragut rumput di sebuah padang ragut yang indah lagi subur, tetiba kecoh sebentar pabila si ibu telah terjumpa dengan seekor anak harimau yang sgt comel tetapi dah hampir2 x bernyawa tertinggal keseorangan ditengah2 padang rumput yang luas itu. Lalu berkatalah si ibu kepada bapa lembu,

"Kanda2x...bolehkah kita pelihara anak rimau yg comel ini? Lihat lah tubuhnya yang kurus dan x bermaya tu...kasihan dinda melihatnya!", rayu si ibu kepada si bapa.

"Bukan kanda tidak izinkan dinda pelihara anak harimau tu, tapi bagaimana jika pabila dewasa nanti dia akan makan kita sekeluarga? Bukankah itu membahayakan kita sekeluarga!", balas si bapa.

"Tidak kanda, dinda tetap mahu membelanya. Dinda tidak sampai hati membiarkan dia mati kelaparan begitu. Nanti kita akan besarkan dia seperti anak2 kita sendiri. Kita akan merahsiakan siapa dirinya yg sebenar. X usahlah kanda risau yerk!" pujuk si ibu lagi sambil merenung mata si bapa untuk memohon simpati.

"Baiklah. Terpulang pada dinda. Kita pelihara dan didik dia seperti anak sendiri. "akhinya persetujuan diberi si bapa.

Masa berlalu, tahun berganti tahun, anak harimau tu membesar dengan sihat didalam kawanan si lembu. Apa yang pelik lagi ajaib ialah, anak harimau ni tidak pandai mengaum. Seperti kawanan lembu tadi, anak harimau ini mengeluarkan bunyi mengembu, "mooo...mmooo...". Kadang rasa cam lawak pula bila tgk anak harimau ni mengembu...tapi memang sejibik bunyi lembu. Serius...aku x tipu!

Lagi satu yang pelik, anak rimau ni pun makan cam lembu2 yang lain...iaitu meragut rumput! Hahhaaha....sungguh lar...kan dia membesar bersama2 kawanan lembu. Maka, tidak hairan lar kan!

Suatu hari, sedang kawanan lembu ngan anak rimau ni meragut di sebuah padang rumput yang luas, mereka telah diserang dengan sekumpulan serigala yang kelaparan. Maka habislah kawanan lembu ini dimakan oleh kumpulan serigala tadi! Anak harimau tadi melihat ibu, bapa dan adik2 lembunya di bunuh dengan rakus oleh serigala tadi.

Salah seekor serigala dalam kumpulan tersebut cuba meluru untuk menerkam anak harimau merasa pelik melihat anak harimau tersebut mengeluarkan bunyi lembu. Maka ketawa tebahak2 lar beliau melihat kejadian ajaib tersebut.

"Wei rimau apasal ko berbunyi macam lembu? Ko tu rimau lar. Bukan lembu!", kata si serigala tersebut. "Mooo....mooo..." balas si anak rimau ni. Apalagi, berguling2 lar si serigala tadi ketawa terbahak2. "Hahhaahhaa....lawak betul lar ko ni! Baiklah, sebab ko berjaya bagi aku ketawa sampai macam ni, aku lepaskan ko kali ni. Pergi lah ko ke mana ko suka!"

Anak rimau tu pun pergi membawa diri dan menangis di tepi sebuah sungai. "Mooo....mooo...ibu, ayah, adik2...mooo...moo...kenapa aku ditinggalkan seorang diri? Mooo...mooo..."rintih sayu si anak rimau.

Sedang si anak rimau ni menangis, datanglah sekawanan harimau ke tepi sungai itu. Harimau2 ini merasa takjub melihat anak rimau ini mengembu lalu menggeleng2 lar kepalanya! "Adoiyaii...ko ni bikin malu kaum kita lar! Kenapa ko mengembu ni....cuba mengaum macam kitaorang ni!"bicara harimau yang lebih tua dlm kumpulan tu.

Anak rimau ni lagi lar merasa takjub! Dia melihat kawanan harimau ni smbil berbisik dalam hati," Walaweii....rupa mereka ni cam aku lar plak! Sejibik2 lak tu. Siap ada belang2 lagi!"

"Cuba ko mengaum cam kitaorg ni!" suruh harimau tua tadi. "Auumm...aummm..." ajar si rimau tua.

"Mooo...mooo...mooo..." balas si anak rimau! Setiap kali dia cuba bersuara, bunyi lembu juga yang keluar dari mulutnya! Menggeleng2 lar si rimau tua! Tahu lar si rimau tua, anak lembu tadi telah murtad rupanya!

"Jomlah, ko ikut kitaorg. Nnt kami ajar ko camner nak mengaum!" ajak si rimau tua.

Hari berganti ari, anak rimau ini terus dewasa dalam kawanan rimau. Dia tidak lagi mengembu seperti dulu, tapi sudah pandai mengaum! Dia juga sudah tidak memandang rumput2 yang hijau sebaliknya beralih arah memakan steak...hehheehee...x lar...makan daging ler maksud aku. Tapi byk2 daging, dia cuma x boleh makan daging lembu jer sebabnya dia teringat ibu, ayah ngan adik2 lembu beliau.

Dia telah membesar menjadi harimau dewasa yang gagah, lagi digeruni haiwan2 di rimba!

Tamat lah kisah ni. Sekarang korang fikirlah apa moral of the story dari ini punya cerita! X kan aku nak ulas juga kot! Nanti kalau rajin esok aku akan tulis moral of the story ek!

Fikir2kan dan renung2kan lar yer!