Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Sunday, June 7, 2009

Cuti - Cuti Malaysia kali ni kita ker....Sungkai! Jom!!!

Sabtu lepas telah berlangsung dengan jayanya aktiviti berkonvoi motorsikal dari Klang-Sungkai-Kuala Selangor-Klang. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengeratkan sesama ahli disamping menguji keotaian motor masing-masing.

Untuk aktiviti kali ini disertai seramai 20 orang riders dengan motorsikal yang berkuasa dari 250cc - 1000cc. Motor kapcai tidak dibenarkan atas alasan, "Apa klas daa...! hahahaa...sah..sah tertinggal belakang. Busuk..busuk..20 batu!"

Secara keseluruhan aktiviti kalini sangat santai. Gambar-gambar adalah seperti dibawah dimana gambar-gambar tersebut disiarkan untuk mempromosikan Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah! Jadi apa tunggu lagi? Moh lar semua kita Cuti-Cuti Malaysia! Banyak tempat untuk dilawati (pinjam iklan Zoom Malaysia hehehee..)

Korang bleh bersantai dengan merendam kaki disini. Caution: Panas yer!
Jadi tumpuan kanak2. Org dewasa pun sibuk gak nak memcuba! Ni kolam air sejuk..
Sesak dengan pengunjung. Masih lagi kat kawasan kolam air sejuk!
Masih lagi sejuk!
Pemandangan yang sgt indah!
Ada air terjun buatan. Sejuk gak lagi!
Haaa...ni dah masuk area suam-suam kuku!
Aiipp...Ni tak boleh mandi! Untuk ikan sahaja!
Cafe yang sgt santai.
View dalam cafe!
Ni antara daya penarik kat sini!
Sesat kalu...cari signboard ni ek!
Kawasan tumpuan. X perlu letrik atau api. Pakai air pun bleh masak!
Tengok. Melampau betul diaorang. Berbakul2 telur direbus! Cam nak kenduri.
Air penghilang dahaga!
Ni kawasan panas yang masih bleh mandi!
Motor-motor yang saja ditayangkan mengundang kejelesan tahap cipan!
Ni....tekalah motor sape? Hehheeh..

Sekian sahaja laporan untuk kali ni! Kita jumpa dalam percutian akan datang! Kalau ada sumur diladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yg panjang, lain kali datang lagi! Karan Singh Wara melaporkan untuk tv4!




Notakaki: Aku tipu jer! Aku gi naik kereta lar...hahahaa...yang konvoi motor tu abg ipar aku jer! Aku escort ngan kereta kat belakang! Saja bagi korang nganga...hahahahaa...

Monday, January 5, 2009

Bila yg dirancang tak selalunya menjadi...


Kadang2 kehidupan kita ni pelik! Apa yang kita x nak....kadang2 itu yang kita dapat. Pernah gak kita suka sesuatu tapi dapat plak sesuatu yang lain....yg lagi pelik dan aku rasa memang pelik tahap gaban ni lah...pasal percutian aku! Last2 minit bleh lak cancel gi tempat lain.....klu dekat2 area yg dirancang tu...bleh lar aku terima....ni sikit punya lari jauh beb....destinasi yang dirancang sebelah barat semenanjung.... esok nak gi malam ni bleh tukar plan gi pantai timur semenanjung....huhuhuhu...x kisah lar kan..janji CUTI-CUTI MALAYSIA tetap berjalan gak!!

Entry aku yg terdahulu aku dah war2 kan konon nak bercuti kat Pangkor kan....tapi last menet tukar gi merayap Kelantan ngn Terangganu. Ok lar tu kan! Komen aku yang dah lama giler x gi negeri pantai timur ni (seingat aku 1st n last aku gi masa darjah 4....family trip gak!)....x byk berubah ek! Tapi aku x join gi merayap merata.....lebih byk hbskan masa tido kat homestay tu....aku kena demam lar plak masa kat ganu....huhuhuu....ari last baru demam aku ok...

Kat ganu tempat yang aku sempat gi Pasar Payang kat Kuala Terengganu ngan Rantau Abang! Kelantan lak aku cuma gi Kota Bharu ngan ngan Bukit Bunga...hehehehee.....sikit jer tempat aku gi kan! Tapi bukan sebab aku malas....korang tau2 jer lar bila trip family ni lain skit....makcik2 n mak aku begitu teruja mengabiskan duit diaorg bershopping sakan! Memandangkan kat sebelah pantai timur musim hujan....laut mmg x bleh nak gi ar....ombak sikit punya besar....so apa lagi aktiviti yg ader....jadi kedi mak aku ler....bawa barang2 shopping! Makcik2 n mak aku begitu teruja ngan batik kat sana....beratus2 rm aku tgk diaorg laburkan beli kain pasang....aku??? fuuhhhh....sempat capai t-shirt 2-3 helai ngan souvenir utk member2 ofis aku jer...hehheee...

Kalau ader yg tanya, lama sgt ker aku gi sampai amik masa lama nak update blog aku....sebenarnya x ler lama....4-5 hari jer...tapi lepas aku balik bercuti tu....aku dah x der mood sgt nak update blog....korang tau kan isu hangat sekarang.....PALESTINE!!! Sedey lar woit...kita ni berseronok2 kat negara sendri...saudara seagama kita kat sana tengah bertarung untuk hidup! Tahun baru pun aku x gi mana....duk umah jer....tgk bunga api pun x! Memang x der mood ler....k, ar aku berenti setakat ni dahulu! Sama-samalah kita berdoa untuk keamanan di PALESTINE!




Tuesday, December 23, 2008

CuTi-CuTi MalaYSia Dtg LAgi!!!!

Allo my frens!!!! Oppss...silap plak...ASSALAMMUALAIKUM!!

Kabare semua? Gue doakan kamu semua dalam keadaan berbahagia dan sihat selalu hendaknya. Kedengaran bahawasanya penulisan ku kali ni kok seperti berada di Indon ya?? Itular yang ingin ku kabarin di sini...bahawa percutian ku sempena cuti-cuti malaysia akan bermula esok ya! Kamu suma jangan kangen sama aku ya...kui..kui..kui...

Seperti nya juga kamu sudah menziarahi album cuti ku di Penang bru2 ni ya. Klu blum sila lah singgah sebentar. Kapan lagi kamu mahu melihat album sepertinya itu....hanya di dalam fs ku saja neng...heheee...hehee..

Cuti gue kali ini agak luarbiasa..kernanya gue enggak beriringan sama teman2 gue....kali ni gue bercuti bersama2 dengan famili gue. Lu suma jgn jeles yer...nanti pulang saja dri percutian gue akan segera menguploadkan gambar di fs gue...nanti gue akan war2 kan...

Buat kakak gue yg enggak dapt join sama ini pnya percutian....jgn risau..adikmu ini akan bw pulang untuk mu pasir pantai yg putih bersih nanti ya..hahaahaa....aku sedang gelak besar pulak....

Ok lar gue x mau bikin ramai org panas hati baca ini entry....gue pergi dulu ya....oh ya...kamu tertanya2 ya kemana destinasiku? Ni....aku mau bercuti ke Pulau Pangkor jer....hahaahhaa....saje gue bikin suspen cam mahu ker indon...hhahaaahhaa.....
SELAMAT BERCUTI-CUTI MALAYSIA YA!!!!!!!

Monday, December 15, 2008

Trip to Penang...yehaaa..

Tarikh : 12-14 December 2008
Tempat : Pulau Pinang
Members : Budak-budak PLK ler....

Seronok beb...walaupun hp aku tertinggal kat apartment tu....huhuhuuu....
Layan jer lar gambar2 nie...