Sabtu lepas telah berlangsung dengan jayanya aktiviti berkonvoi motorsikal dari Klang-Sungkai-Kuala Selangor-Klang. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengeratkan sesama ahli disamping menguji keotaian motor masing-masing.
Untuk aktiviti kali ini disertai seramai 20 orang riders dengan motorsikal yang berkuasa dari 250cc - 1000cc. Motor kapcai tidak dibenarkan atas alasan, "Apa klas daa...! hahahaa...sah..sah tertinggal belakang. Busuk..busuk..20 batu!"
Secara keseluruhan aktiviti kalini sangat santai. Gambar-gambar adalah seperti dibawah dimana gambar-gambar tersebut disiarkan untuk mempromosikan Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah! Jadi apa tunggu lagi? Moh lar semua kita Cuti-Cuti Malaysia! Banyak tempat untuk dilawati (pinjam iklan Zoom Malaysia hehehee..)
Sesak dengan pengunjung. Masih lagi kat kawasan kolam air sejuk!
Masih lagi sejuk!
Pemandangan yang sgt indah!
Ada air terjun buatan. Sejuk gak lagi!
Haaa...ni dah masuk area suam-suam kuku!
Aiipp...Ni tak boleh mandi! Untuk ikan sahaja!
Cafe yang sgt santai.
View dalam cafe!
Ni antara daya penarik kat sini!
Sesat kalu...cari signboard ni ek!
Tengok. Melampau betul diaorang. Berbakul2 telur direbus! Cam nak kenduri.
Air penghilang dahaga!
Sekian sahaja laporan untuk kali ni! Kita jumpa dalam percutian akan datang! Kalau ada sumur diladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yg panjang, lain kali datang lagi! Karan Singh Wara melaporkan untuk tv4!
Notakaki: Aku tipu jer! Aku gi naik kereta lar...hahahaa...yang konvoi motor tu abg ipar aku jer! Aku escort ngan kereta kat belakang! Saja bagi korang nganga...hahahahaa...
19 comments:
patut pn aku cam blur2 ja td,hg mana ada moto lain except kriss tu,kompius2.naik keta rupanya,cissss.
wah... best..best.. ni yang nak cuti2 malaysia juga nie
chaitt! tipu saja.. gua cam dah nak nganga2 kedip2 mata dah td tau! huhuhh..
aku dah gi 2 kali! aku windu nak mandi kat kolam sutun tuh! huu..
nak rebus ubi bleh tak agaknya? hehee
picture seksa
Bestnya... gi cuti2 Malaysia. Kita je tak gi mana-mana cuti ni! Keje banyak sangat nak kena siapkan sebelum naik cuti sekolah nanti!
wah...bary je nak kagum kamu ade moto besa...cet!!
ahaha cara post tuh cam dia pon join konvoi motor.x ley bla ;P
meare: hahhahaa..aku kan suka meriakkan diri yang serba riak ni..hehehee..tapi tggu..aku nak tukar kriss ngn ninja nanti..
haruan tasek: best! pergi lar melancong..byk tempat belum diterokai (iklan zoom malaysia)..
areleez: heheheee...igt hg sorg ble berlagak ngan mercedes..citt..
cinta cukulet: bleh..bleh blah..heheee..
sharamli: pe yg seksa ngan pic tu dik?
myza pesona: x ambil byk masa pun. 1/2 hari jer. gi ar jln2 tenangkan fikiran sblum buka sekolah ek!
inna hayati: tggu 2 tahun. duit x cukup lagi..hehehee..nak sponsor x??
syarifatulnadiah: saje bikin gempak...menjadi rupanya..heheee..
Takde gambar CBR ke, Ducati ke, Aprillia ke?
Pandai jugak ko mengencing pembaca ye?.. Habis basah kepala hotak gua kena kencing nih.. Edehh..!!
wargh...bestnyer....takde telur untuk i ker?kuikuikuikui..gitu r ,makan telur sengsorg...
cerpelai: adalah encik. encik x nmpak tu. gambar kecik sgt. nanti lainx sy taruk gambar besar yer encik...hehheee..
gua mana ada kencing2 kat org. uishh...sgt tak bersopan buat camtu tau...citt..
cahaya: hahahaahaaa....telur?? mana ada makan. tgk jer..heehheee..
Oh, Sungkai itu kampung halaman ku! Hehehe...Dulu masa belum dikomersialkan, TRAP tu sebenarnya ladang koko tau...kebun kawan akak..Hehehe,kat situ la akak dengan kawan2 selalu lepak...masa tu air panas kat situ kecik longkang je...kitorang siap rebus kerang lagi...sambil makan koko...Rindu la pulak zaman2 remaja dulu... :)
sebenaunyer telur yg penuh sebakul tu awak yg punyer kan????
kekekekekeke......... xnak ngakulaaa tu.....
telur rebus jgn bebanyak nanti.......busuk........
ekle..apa barang naek keta.. muahaha
Na Shari: Best yer kak! Byk ler perubahan ek. Dah ada byk kolam dah sy pergi aritu. Pepun mmg best!
dcrysz: mana ada. sy anti makan telur nanti kentut busuk...hehehhe..
pijah@hakuna: tgu lar aku beli ninja nanti aku tyag depan mung..hahhahaaa..
bukak bisnes taman air ke?? hehe... baguih nye promo...
salam...
jawapan anda teka teki dalam anaklaut tu tepat.
anda layak mendapat RM 20.00 daripada saya. sehubungan dengan itu, sila tinggalkan alamat anda di anaklaut blog alamat anda bagi penghantaran wang pos kemenangan anda. Anda juga boleh menghubungi saya melalui emai : anaklaut09@yahoo.com - bagi alamat melalui email pun tak apa..
tahniah buat saudara.
anaklaut
jom p cameron
Post a Comment