Thursday, April 23, 2009

Ngomelan ari Isnin....

Assalammualaikum!

Bertemu kita lagi dengan ngomelan aku di hari isnin. Sebelum blog ni aku tgglkan untuk 2 mggu kerana ada perkara yg perlu diuruskan, aku harap ada catatan yang aku boleh kongsikan bersama dengan pembaca blog aku!

Kamu tahu apa yang akan membuatkan mood aku rasa terganggu? Bila hari2 aku dikelilingi orang2 yang sedang bersedih dan berputus asa dalam hidup. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran dan sebagai umat islam secara amnya, aku selalu percaya manusia harus yakin pada qadak dan qadar Allah.

Kesedihan kamu pada hari ni akan digantikan dengan kegembiraan pada hari yg mendatang. Kesusahan kamu pada hari ini akan digantikan dengan kesenangan pabila tiba masanya kelak. Asalkan kamu yakin dan mahu berusaha, aku yakin segala kesukaran yang mendatang akan bisa kamu hadapi dengan tenang.

Manusia itu fitrahnya, apabila menghadapi kesusahan akan resah gelisah lah ia. Andai tetapi pabila diselubungi kesenangan, ia akan lupa segala yang ada disekelilingnya! Maka dengan itu aku mengingatkan kamu dan diriku....bersedialah! Dalam menghadapi apa jua perkara yg menimpa! Kerna kita ini manusia. Kita bijak dan berjiwa merdeka!