Assalammualaikum..
Perpisahan andai terjadi dalam hidup kita, bagaimana seharusnya kita menghadapinya?
Haruskah kita menangis atau tenang-tenang sahaja pabila masanya sudah tiba? Walau menangis sepuas hati sakit tetap ada. Sakit yang tak terluah. Dalam hati juga ada rindu, rindu yang tak mampu diucap. Namun dihati aku selalu yakin luka akan sembuh…yang hilang akan berganti. Aku mahu bertenang. Tapi ketenangan itu tidak menampakkan sisi aku yang kuat dan tabah sebaliknya menampakkan sisi aku yang goyah…riak yang kecewa.
Perpisahan andai terjadi dalam hidup kita, bagaimana seharusnya kita menghadapinya?
Seharusnya aku harus tersenyum…senyum dalam duka. Seharusnya aku harus ketawa….ketawa dalam luka. Hari ini andai aku dilihat seperti orang yang kalah dalam mainan perasaan biar hari esok aku mampu berdiri sebagai orang yang menang dalam mainan hidup.
Tapi…
Hari ini….biarkan aku begini…kerana aku tak mahu melangkah pergi.... masih mahu berdiri disini. Melihat apa yang telah dan akan hilang. Sehingga masanya tiba…biarkan aku berdiri disini…