Tuesday, September 29, 2009

Mission accomplish....

Assalammualaikum....

Arini dah masuk 10 Syawal. Arini gak aku dah start keje balik. Tapi cam biasalah bila dah cuti lama tu 1st day start keje balik banyak main2 lagi. Enjin slow jer....nak berfikir pun malas duk kat ofis ni.

Best betul cuti raya kali ni. Lama giler! Aku bertolak balik Tepeng Jumaat petang lepas. Highway sesak gak tapi ok lar lagi...kalau x bersesak x raya lar maknanya kan! Semua R&R aku singgah saje nak tgk2 gelagat org. Tak berenti pun...tumpang lalu jer...kasi bikin sesak lagi...heheeee...

Macam aku war2 kan dlm entry lepas. Disebabkan last minit dapat duit raya, aku x der lar sempat nak bershopping raya sakan. Aku cuma beli untuk mak ngan ayah jer. Untuk diri sendiri aku hold dulu. Niatnya raya kedua baru aku nak gi The Store Taiping Jaya utk belek dan beli kemudian blah.

Masa dah raya kedua niat aku masih lagi tertangguh. Masuk raya ketiga adik aku dah start kira collection duit raya dia. Banyak jugak budak tu dapat. Setelah mencapai kata sepakat kami dua beradik ambil kata sepakat, hajat kami yang tertangguh selama ni akhirnya tercapai.

Akhirnya Sony Playstation berjaya menjadi milik kami berdua! Memang dah lama sangat aku berhajat, baru kini aku mendapat. Walaupun baju raya aku tak dapat, tak mengapa...Sony Playstation...luka ku dah terubat....hheeee....

Wednesday, September 16, 2009

Pantun Raya 4 kerat daaa....

Assalammualaikum.....



Adik comel bermain api,
Tersilap main terbakar jari,
Apa dah jadi ngan aku ni,
Ahad nak raya persiapan tak buat lagi.

Kuih bahulu, kuih semprit,
Mana cukup makan sekeping,
Semalam baru bos bagi duit,
Hahahaaa....malam ni wa gi shopping.

Berpakaian indah di pagi hari,
Buat menyambut rakan dan taulan,
Maaf di hulur pengganti diri,
Tanda ingatan tak luput di fikiran.

Kalau ada jarum yg patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Malam raya pasang pelita,
Pelita dipasang ceria suasana,
Selamat hari raya buat semua,
Moga berbahagia disamping keluarga.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MARI SEMUA KITA BERGUMBIRA.....YEHAAAA!!!!