Ermm....entry aku kali ni aku dedicate khas untuk abang aku. Sebenarnya aku harap dia boleh baca blog ni...tapi mustahil lar plak sebab aku x pernah bgtau kat dia aku ni der blog sndri...huhuuuuhuu...
Aku ader seorang abang. Abang aku ni x berapa tua dari aku. Beza umur kami cuma 1 tahun 3 bulan jer. Kami dulu pernah sekolah rendah yang sama. Masa dulu kami ni cam belangkas gak. Gi ngaji sama2....gi main sama2...sekolah rendah pun yg sama tapi x sama sesi. Dia sekolah sesi pagi...aku sesi petang. Tiap2 petang lepas balik mengaji quran ktorg selalu main sama sebab kawan2 dia pun kawan2 aku gak. Dulu orang selalu ejek dia lembut. Aku selalu marah orang yg panggil abg aku lembut. Bagi aku dia ni x lembut tapi lembik sikit sebabnya dia anak lelaki tunggal dalam famili. Pastu masa kecik dia ni selalu sakit. Aku memang cukup marah bila orang usik atau buli dia. Aku pernah hampir bertumbuk dengan seorang budak india sebab dia usik abg aku cakap abg aku ni sotong...masa tu kitaorang naik satu bas sebab abg aku ada aktiviti ko kat sekolah sesi petang. Masa ktorang naik bas sama, budak india tu cakap kat abg aku...awak ni lembik lar cam sotong pastu dia usik2 abg aku. Abg aku ni jenis x melawan....dia diam jer...aku yg nak nangis bila diaorng buat camtu kat abg aku. Aku suruh abg aku tepis budak2 india tu...tapi abg aku buat x tahu jer. Dia cakap biar jer....Tapi aku memang jenis baran gak. Aku jerkah budak2 tu...walhal diaorg lebih tua dr aku. Masa tu dah mula nak bergaduh. Nasib baik pakcik bas tu dgr bising2 kat belakang. Dia masuk campur....dia suruh aku ngan abg aku tukar duduk seat depan. Lepas dari aritu abg aku dah x naik bas dengan aku lagi....bila mak aku tanya kenapa dia x nak naik bas ngan aku....dia cakap ngan mak aku dia malu sebab aku suka berdengkur sebelah dia....hehheee....sampai arini aku x tau betul ker alasan tu....atau sekadar satu alasan.
Bila dah sekolah menengah, abg aku duduk kat asrama. Aku memang kesian ngan dia...sebab dia selalu kena buli. Pernah satu kali...budak2 jahat buli dia. Dulu fesyen ikat buku dengan tali yg ader warna2 tu kan...budak2 jahat2 ni amik buku2 abg aku pastu baling dlm longkang. Klu aku ader time tu mmg mampus budak2 tu aku kerjakan. Aku pun pelik kenapa abg aku ni x melawan. Klu aku biar sakit kena pukul janji hati puas!
Bila abg aku duduk asrama kat situ dah bermula gap antara kami. Abg aku jadi pendiam. Dia dah x byk cakap dengan aku. Sampai ler dia sambung belajar kat UM amik asasi. Mula dari situ kitaorg makin bertambah jauh. Abg aku jenis x byk cakap. Tiap kali balik cuti mmg dia jarang berbual ngan aku. Aku pun sebenarnya x der point nak ckp per ngan dia. Sampai sekarang aku x rasa rapat ngan dia. Kadang2 aku rasa cam x der abg pun ader. Life dia dengan aku lain. Abg aku nie high taste gak orgnyer. Aku jenis slumber jer. Dia ader gak ckp ngan mak pasal aku ni selebet jer. Dia x tau selebet2 aku pun aku ader gak ramai peminat.....hheheee...perasan lak!
Skrg masih gak lagi ader suara2 sumbang yang cakap abg aku ni lembut! Aku pun smpi skrg masih meneliti tang mana lar yg diaorg cakap abg aku ni lembut. Sebab aku masih x nampak kelembutan dia tu. Aku akui abg aku bukan jenis lelaki gagah...gaya dia lebih kepada jambu...tapi dia bukan lembut....mati hidup balik pun aku tak akan mengaku hal tu...
Buat abg aku....mungkin skrg dia tengah alami krisis identiti ker aper ker. Mungkin kata2 aku ni boleh menyedarkan dia...."Mat, perwatakkan yang hang bawa sekarang mungkin bukan palsu...tapi itular diri yang sebenar. Tapi hang x sedar sebab biar diri sendri dikelilingi orang2 yang membuatkan diri sendri rasa keliru. Kalau lar memilih untuk mencari diri yg sebenar tentu akan berjumpa diri hang tu. Adik percaya hang x kan biar diri sendri jauh melangkah sampai sukar nak berpatah balik. Sebab hang satu2 nya abang yang adik ada....dan yang akan jadi wali selepas ayah! Hg tentu tahu syarat sah jadi walikan. So..please jangan hampakan adik!"
Aper pun tanggapan orang dan siapa pun dia. Bagi aku dia tetap abg aku. Aku tahu naluri aku betul. Aku yakin dengan dia seperti mana famili aku yakin ngan dia! Siapa yang berani lekehkan abg aku sini lah....klu nak rasa penumbuk aku ni!!!!